Tips pilih kawan

Tips untuk memilih sahabat yang baik ialah:

1. Memilih sahabat yang bertaqwa

Persahabatan memerlukan kepada kepercayaan. Kepercayaan pula tidak akan terhasil melainkan dengan rasa takut kepada Allah. Sifat inilah yang akan menjaga seseorang daripada melakukan pecah amanah, tidak menyuruh kita melainkan kepada ketaatan dan mencegah kita daripada melakukan maksiat. Sabda baginda Rasulullah:

Janganlah kalian berkawan kecuali dengan seorang mukmin. – [HR Abu Daud 4192].

2. Memilih sahabat dengan keperibadian yang lembut dan baik.

Keperibadian yang lembut ialah dari sudut pergaulan yang baik, cermat, mudah dan berkasih sayang sesama manusia, hati dan jiwa yang lembut dan baik akhlaknya. Ini kerana, seseorang yang memiliki hati dan jiwa yang lembut akan mudah menegur kita dengan cara berhikmah yang tidak menyakiti hati sesiapa

3. Memilih sahabat yang dapat menjaga keaiban

Sedar tidak sedar kadang-kadang segala masalah dan keaiban kita diceritakan kepada sahabat karib kita. Ini kerana kepercayaan yang diberikan kepada mereka terlalu tinggi tetapi ada antara mereka yang sanggup membuka keaiban sahabatnya itu tanpa memikirkan hubungan mereka yang telah lama terjalin. Sabda
Baginda Rasulullah: Barang siapa menutupi (aib) saudaranya sesama muslim di dunia, Allah menutupi (aib) nya pada hari kiamat. – [HR Ahmad 22101].

4. Memilih sahabat yang susah senang bersama

Kawan ketika senang mudah dijumpai tetapi kawan ketika kita berada di dalam kesusahan itulah yang susah dicari.

Kebanyakan kawan-kawan yang ada hanya berada dengan kita semasa kita mempunyai sesuatu sama ada jawatan, pangkat, harta dan kedudukan dan mereka akan meninggalkan kita jika kita kehilangannya.

5. Memilih sahabat yang suka berterus terang

Seorang sahabat yang sejati akan sentiasa berterus terang kepada sahabatnya dan tidak bercakap di belakang supaya dapat mendatangkan kebaikan bukan sahaja kepada dirinya bahkan kepada sahabatnya itu.

Bercakap belakang tidak mendatangkan sebarang faedah atau penyelesaian bahkan memufliskan kita di akhirat kelak.

Moga kita dikurniakan sahabat yg baik. Amin.

=================

Leave a Comment