DAP Mahu Kuasai Tanah Dan Perumahan
Ketika ini di setiap negeri pimpinan Pakatan Harapan, majoriti exco kerajaan tempatan yang terlibat dengan perancangan bandar dan pentadbiran majlis bandaran di setiap daerah dan exco perumahan adalah ADUN dari parti DAP.
Di Johor, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, YB Tan Chen Choon(DAP), di Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan & Jawatankuasa Perumahan, YB Tan Kok Yew (DAP), di Pulau Pinang Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Perancangan Bandar & Desa, YB Jagdeep Singh Deo (DAP), di Perak Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan YB Paul Yong Choo Kiong(DAP), di Melaka Pengerusi Perumahan & Kerajaan Tempatan YB Datuk Tey Kok Kiew (DAP), dan Negeri Sembilan Pengerusi Perumahan & Kerajaan Tempatan YB Teo Kok Seong (DAP).
Penguasaan exco-exco kerajaan negeri dari parti DAP dalam portfolio perumahan dan kerajaan tempatan ini disyaki mempunyai agenda tersirat. Perancangan jangka masa panjang demi survival politik parti DAP digunakan sebaiknya dengan kuasa yang ada. Di Negeri-negeri terlibat, projek-projek berkala mega dan mewah dibangunkan secara berleluasa tanpa mengambil kira factor persekitaran di kawasan sekeliling.
Kesannya banyak kampong melayu tergadai. Banyak orang melayu terpaksa berpindah secara rela apabila arus pembangunan di kawasan mereka sangat dahsyat membangun dengan pesat. Pembangunan perumahan mewah menyebabkan kaum melayu tidak mampu membeli rumah terlibat dan menyebabkan ramai orang melayu mencari kawasan baru. Akibatnya geografi kependudukan berubah secara mendadak dan turut memberi kesan kepada politik setempat.
Di bawah pemerintahan & penguasaan DAP ini, banyak kampong-kampung warisan melayu dirobohkan dengan alasan tidak mempunyai geran dan masalah dokumentasi. Kerakusan mereka ini menimbulkan tanda tanya dan ketidakpuasan hati dikalangan rakyat yang melihat perkara ini seperti sengaja dilakukan dan tindakan seperti memilih bulu dan warna kulit.
TERNYATA DAP PUNYA AGENDA KEJAM UNTUK MENINDAS ORANG MELAYU DI SETIAP NEGERI YANG DITADBIRNYA


