Tazkirah.

Dakwah – kebesaran Allah

Allah adalah pemilik langit dan bumi
Allah yg cipta 7 petala langit & 7 lapis bumi
Allah yg kawal bulan, bintang, matahari
Allah yg mengalirkan sungai dan lautan
Allah yg pacakkan gunung ganang
Allah yg tumbuhkan pokok dan tanaman
Allah yg pelihara ikan di lautan
Allah yg turunkan hujan
Allah yg memberi kebahagiaan
Allah yg dtgkan kesusahan
Allah yg bagi ketenangan
Allah yg bagi kegelisahan
Allah yg muliakan seseorang
Allah yg hinakan seseorang
Allah yg bagi kesakitan
Allah yg bagi kesihatan
Allah yg bagi menafaat
Allah yg bagi mudharat
Allah yg menghidupkan
Allah yg mematikan
Allah yg bagi rezeki

Allah buat dgn asbab, tanpa asbab, bertentangan dgn asbab
Allah jadikan adam a.s tanpa bapa & ibu
Allah jadikan isa a.s tanpa bapa
Allah beri kerehatan pd ibrahim a.s dlm api
Allah pelihara yunus a.s dlm perut ikan
Allah selamatkan yusuf a.s dlm telaga
Allah matikan uzair a.s selama 100 thn dan kemudian dihidupkan kembali
Allah jaga ashabul kahfi selama 309 thn

apa yg telah berlaku,
berlaku dgn izin dan kehendak Allah
apa yg sedang berlaku,
berlaku dgn izin dan kehendak Allah
apa yg akan berlaku, berlaku dgn izin dan kehendak Allah

bila Allah suka, Allah buat
dimana Allah suka, Allah buat
banyak mana Allah suka,
banyak tulah Allah buat
bagaimana Allah suka,
begitulah Allah buat

semua benda tak boleh buat apa-apa
harta tak boleh bagi kesenangan
ubat tak boleh bagi kesihatan
tentera & senjata tak boleh bagi keselamatan
yg buat segala-galanya ialah Allah
Allah tak berhajat pd sesiapa
Kekuasaan Allah atas setiap zarah

Dialah pencipta,
tak ada pencipta selain Allah

Dialah penguasa,
tak ada penguasa selain Allah

Dialah yg memelihara,
tak ada yg memelihara selain Allah

Allah buat segala-galanya dgn kudratNya
segala-galanya berlaku dgn takdir dan kadar yg telah ditetapkan oleh Allah

Allah maha melihat,
Allah maha mendengar,
Allah maha mengetahui
Allah maha berkuasa atas segala sesuatu
Lailahaillallah.

Allah adalah rob kita.
Allah pencipta kita.
selain dari Allah semua adalah ciptaan Allah.

Allah pencipta. Yg lain semua makhluk.
Allah cipta benda dan Allah juga cipta keadaan.

Allah buat apa yg Dia kehendaki.
Bukan yg makhluk kehendaki.

Seluruh makhluk nak buat tapi yg terjadi apa yg Allah kehendaki.
Seluruh makhluk tak ingin buat, tapi Allah ingin pasti berlaku.
Allah buat apa yg dia kehendaki dgn kudratNya.

Allah tak berhajat pd satu pun makhluk.
Allah yg menyempurnakan hajat seluruh makhluk. Seluruh makhluk di langit dan di bumi berhajat pd Allah. tak boleh buat apa2 tanpa kehendak Allah.

setiap detik, setiap saat Allah menghidupkan, mematikan, bagi menafaat, bagi mudharat, bagi kemuliaan, bagi kehinaan, bagi sihat, bagi sakit. Dlm satu masa Allah buat semua perkara serentak.

Allah berkuasa atas segala sesuatu.
Allah khaliq.
Allah hafiz.
Allah raziq.

Allah pencipta selain dari Allah adalah makhluk dicipta.
Allah pemelihara selain dari Allah adalah mahfuz dipelihara.
Allah pemberi rezeki selain dari Allah adalah marzuq diberi rezeki.

Allah memiliki segala sesuatu. Selain dari Allah dimiliki oleh Allah. bila Allah kata ‘kun’ maka jadilah.

Allah buat dgn asbab, tanpa asbab, bertentangan dgn asbab.

Hari2 kena cakap kebesaran Allah sehingga masuk meresap dlm hati kita.

sebanyak mana kita cakap kebesaran Allah maka sebanyak itulah kebesaran Allah akan masuk dlm hati kita

putuskan pergantungan, harapan, hubungan kita selain dari Allah.
pergantungan dan harapan hanya pd Allah.

Lailaha illallah☝🏼
[11/14, 11:01 AM] +60 19-606 6697: 📌 *4 AMALAN RINGKAS YANG MEMBAWA KE SYURGA*

1. *Sebarkan salam.* Ucapkanlah salam kepada sesiapa sahaja saudara muslim yang dikenali atau tidak. Salam adalah doa yang indah dan bermakna, serta membawa rahmat dari Allah.

2. *Menyambung silaturrahim.* Jalinkan hubungan baik dengan semua orang dengan rasa penuh kasih sayang kerana Allah taala. Menyambung silaturrahim juga meluaskan rezeki inshaAllah.

3. *Memberi sedekah makanan.* Memberi makan kepada orang lain adalah perbuatan yang amat mulia. Selalulah belanja ahli keluarga, kawan2, jiran2 makan, serta hulurkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan.

4. *Solat malam.* Ibadah ini adalah tingkatan tertinggi bagi mukmin kerana ia amat sukar dilakukan secara istiqamah. Ganjaran solat malam sangat hebat hingga Allah juga turun di langit bumi untuk mendengar & mengabulkan doa2 mereka yang solat malam. MasyaAllah.

Dalil amalan2 hebat ini adalah hadis sahih berikut:
Dari ‘Abdullah bin Salâm, dia berkata:

“Ketika Rasulullah ﷺ datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju baginda ﷺ (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasulullah ﷺ telah datang. Lalu aku mendatanginya di tengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya.

Ketika aku melihat wajah Rasulullah ﷺ, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Dan yang pertama kali baginda ucapkan adalah:

_”Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kalian akan MASUK SYURGA DENGAN SELAMAT.”_

(HR Tirmizi. Hasan sahih)

“Ingatlah , sabar itu iman , duit bukan kawan , dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..
Dapatkan Pendrive Persiapan Kematian dengan klik Link ini
👉🏻👉🏻👉🏻 : http://bit.ly/2K8FEm3

🍀 Fatehteam
[11/14, 12:44 PM] +60 19-606 6697: 🍀 *7 BAKTI SEORANG ANAK SAAT IBUBAPA MENINGGAL DUNIA*

*1 – Uruskan Jenazah*
Ramai yang memandang remeh urusan jenazah ibubapa kita kerana beranggapan ada pihak lain yang lebih pakar.
Maka cukuplah membayar khairat kematian dan biarkan jenazah dua insan tiada galang ganti ini diuruskan orang lain.
Orang yang paling afdal menguruskan jenazah adalah waris terdekat iaitu anak-anaknya. Inilah khidmat terakhir kita ke atas jasad ibu bapa kita yang telah kaku sebelum dikebumikan.

*2- Mandikan Jenazah*
Sedari kecil kita dimandikan oleh ibu bapa kita hingga tidak terkira bilangannya. Dimandikan dengan penuh kasih sayang dan gurau senda.
Maka ambillah peluang ini untuk memandikan jenazah ibu bapa kita dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Perhatikan setiap inci tubuh yang telah dikorbankan untuk kita. Kasarnya tangan ibu menguruskan rumahtangga tanpa upah.
Merekahnya tumit kaki ayah ekoran kerja kuat tanpa rungutan. Titipkan doa pada setiap inci tubuh yang sedang dimandikan.

*3- Mengkafankan Jenazah*
Pakaikan pakaian terakhir untuk ibu bapa kita. Tutuplah aib dan aurat mereka sebaik mungkin. Tataplah wajah mereka dengan iringan doa.
Tiada lagi hadiah baju raya untuk mereka lagi selepas ini. Hanya kain putih pembalut badan.

*4- Solatkan Jenazah*
Untuk anak lelaki, pastikan kita mengimamkan solat jenazah ibu bapa kita. Panjatkan doa sebaik mungkin untuk mengiringi perjalanan terakhir mereka.
Jika dulu, mereka tidak pernah lupa menitip doa untuk kita dalam setiap solat. Maka gunalah peluang terakhir ini dalam solat jenazah mereka.

*5- Kebumikan Jenazah*
Anak lelaki/ menantu lelaki turunlah menyambut jenazah. Hadapkan wajah mereka ke arah kiblat. Kepalkan tanah dengan titipan doa sebagaimana dilakukan Nabi S.A.W terhadap jenazah 2 puterinya.
Inilah momen terakhir sebelum jasad mereka ditimbus tanah. Basahi bibir dengan doa pengampunan untuk mereka.

*6 -Memohon Keampunan*
Tiada ibu bapa yang sempurna namun yakinlah bahawa mereka telah lakukan sehabis kemampuan. Redhakan segala kekurangan.
Mereka hanya manusia biasa dengan amanah yang luar biasa. Mohonlah keampunan bagi pihak mereka kerana kini mereka tidak mampu lagi berbuat demikian.
“Ya Allah, sampaikanlah seumpama bacaan pahala bacaan kepada ibu bapaku (sebut nama). Ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakan kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih”

*7 – Doa Untuk Ibu bapa*
Panjatkan doa dalam setiap solat. Ibu bapa kita semasa hayat dulu tidak lekang berdoa untuk kita tanpa disuruh.
Tiada hijab doa anak untuk ibu bapa. Ia hadiah paling berharga di alam barzakh. Doa yang berterusan ini perlukan diteruskan ke akhir hayat kita.

Dapatkan *Pendrive Persiapan Kematian* untuk seisi keluarga, sila klik 👉 http://bit.ly/2K8FEm3

🍀 Fatehteam

Hati

KITAB SIRR AL-ASRAR (RAHSIA SEGALA RAHSIA)

1: UCAPAN UNTUK PARA PEMBACA
(Petikan surat Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani)

Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.

Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?

Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah
Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.

Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu u, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).

Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.

Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.

2: PENGENALAN

Segala puji dan puja untuk Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mengumpul segala pengetahuan di dalam Zat-Nya dan Dia jualah Pencipta segala pengetahuan dengan keabadian. Segala kewujudan bersumberkan Wujud-Nya. Segala puji bagi Allah lantaran Dia menghantarkan Quran yang mulia yang mengandungi di dalamnya sebab-sebab ia diturunkan iaitu untuk memperingatkan manusia tentang Allah. Dihantarkan-Nya kepada pembimbing yang memandu manusia pada jalan yang benar dengan yang paling Perkasa di antara agama-agama. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang tidak diajar oleh makhluk tetapi diajar oleh-Nya sendiri. Baginda s.a.w adalah nabi-Nya yang terakhir, penyambung terakhir pada rantaian kenabian yang diutus kepada dunia yang sedang hanyut di dalam huru hara, yang paling mulia di kalangan nabi-nabi-Nya, dimuliakan dengan kitab suci yang paling suci dan paling mulia. Keturunan baginda s.a.w adalah pembimbing bagi orang-orang yang mencari. Sahabat-sahabat baginda s.a.w adalah pilihan dari kalangan orang yang baik-baik dan murah hati. Semoga kesejahteraan dan keberkatan yang melimpah-limpah dikurniakan kepada ruh-ruh mereka.

Tentu sekali yang paling berharga di antara yang berharga, paling tinggi, permata yang tidak ternilai, barang perniagaan yang paling menguntungkan manusia, adalah ilmu pengetahuan. Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mencapai keesaan Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mengikuti rasul-rasul-Nya dan nabi-nabi-Nya. Orang yang berpengetahuan, yang bijaksana, adalah hamba-hamba Allah yang tulen yang Dia pilih untuk menerima perutusan Ilahi. Dia lebihkan mereka daripada yang lain semata-mata dengan kebaikan rahmat-Nya yang Dia curahkan kepada mereka. Mereka adalah pewaris nabi-nabi, pembantu-pembantu mereka, yang dipilih oleh rasul-rasul-Nya untuk menjadi khalifah kepada sekalian manusia. Mereka berhubungan dengan nabi-nabi dengan perasaan yang amat seni dan kebijaksanaan yang sangat tinggi.

Allah Yang Maha Tinggi memuji orang-orang yang memiliki hikmah kebijaksanaan:
“Kemudian Kami wariskan Kitab itu kepada mereka yang Kami pilih daripada hamba-hamba Kami, tetapi sebahagian daripada mereka menganiayai diri mereka sendiri, dan sebahagian daripada mereka cermat, dan sebahagian daripada mereka ke hadapan dalam kebajikan-kebajikan dengan izin Allah, yang demikian adalah kurniaan yang besar”. (Surah Fatir, ayat 32).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pemegang hikmah kebijaksanaan adalah pewaris nabi-nabi. Penduduk langit mengasihi mereka dan di atas muka bumi ini ikan-ikan di laut bertasbih untuk mereka hingga kepada hari kiamat”.

Dalam ayat lain Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Tidak takut kepada Allah daripada hamba-hamba-Nya melainkan orang-orang yang berilmu Pengetahuan” (Surah Fatir, ayat 28).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pada hari pembalasan, Allah akan mengumpulkan sekalian manusia, kemudian mengasingkan yang berilmu di antara mereka dan berkata kepada mereka: ‘Wahai orang-orang yang berilmu. Aku kurniakan kepada kamu ilmu-Ku kerana Aku mengenali kamu. Tidak aku kurniakan hikmah kebijaksanaan kepada kamu untuk Aku hukumkan kamu pada hari ini. Masuklah ke dalam syurga-syurga-Ku. Aku telah ampunkan kamu’ ”.

Segala puji milik Allah, Tuhan sekalian alam lantaran Dia kurniakan makam yang tinggi kepada hamba-hamba-Nya yang taat dan memelihara mereka daripada dosa dan menyelamatkan mereka daripada diseksa. Dia berkati ahlul hikmah dengan menghampiri mereka.

Sebahagian daripada murid-murid kami meminta supaya kami sediakan sebuah buku yang memadai buat mereka. Sesuai dengan permintaan dan keperluan mereka kami siapkan buku yang ringkas ini Semoga ia dapat mengubati dan memuaskan mereka serta yang lain juga. Kami namakan buku ini “Sirr al-asrar fi ma yahtaju Ilahi al-abrar” atau “rahsia dalam rahsia-rahsia yang Kebenarannya sangat diperlukan”. Dalam pekerjaan ini kenyataan di dalam kepercayaan dan perjalanan kami dibukakan. Setiap orang memerlukannya.

Dalam menyampaikan hasil kerja ini kami bahagikannya kepada 24 bab kerana terdapat 24 huruf di dalam pengakuan scui “La ilaha illah Llah, Muhammadun rasulu Llah” dan juga terdapat 24 jam dalam satu hari.

3: PERMULAAN PENCIPTAAN

Semoga Allah s.w.t memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperolehi keredaan-Nya. Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.

Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya. Dalam hadis Qudsi Dia berfirman:
“Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.

Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya: “Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci”.
“Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
“Mula-mula Allah ciptakan akal”.

Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad s.a.w, Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah. Dia dinamakan nur, cahaya suci, kerana dia dipersucikan dari kegelapan yang tersembunyi di bawah sifat jalal Allah. Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”. (Al-Maaidah, ayat 15)

Dia dinamakan akal yang meliputi (akal universal) kerana dia telah melihat dan mengenali segala-galanya. Dia dinamakan qalam kerana dia menyebarkan hikmah dan ilmu dan dia mencurahkan ilmu ke dalam huruf-huruf.

Roh Muhammad adalah zat atau hakikat kepada segala kejadian, permulaan dan kenyataan alam maya. Baginda s.a.w menyatakan hal ini dengan sabdanya, “Aku daripada Allah dan sekalian yang lain daripadaku”. Allah Yang Maha Tinggi menciptakan sekalian roh-roh daripada roh baginda s.a.w di dalam alam kejadian yang pertama, dalam bentuk yang paling baik. ‘Muhammad’ adalah nama kepada sekalian kemanusiaan di dalam alam arwah. Dia adalah sumber, asal usul dan kediaman bagi sesuatu dan segala-galanya.

Empat ribu tahun selepas diciptakan cahaya Muhammad, Allah ciptakan arasy daripada cahaya mata Muhammad. Dia ciptakan makhluk yang lain daripada arasy. Kemudian Dia hantarkan roh-roh turun kepada peringkat penciptaan yang paling rendah, kepada alam kebendaan, alam jirim dan badan.
“Kemudian Kami turunkan ia kepada peringkat yang paling rendah”. (Surah Tin, ayat 15)

Dia hantarkan cahaya itu daripada tempat ia diciptakan, dari alam lahut, iaitu alam kenyataan bagi Zat Allah, bagi keesaan, bagi wujud mutlak, kepada alam nama-nama Ilahi, kenyataan sifat-sifat Ilahi, alam bagi akal asbab kepunyaan roh yang meliputi (roh universal). Di sana Dia pakaikan roh-roh itu dengan pakaian cahaya. Roh-roh ini dinamakan ‘roh pemerintah’. Dengan berpakaian cahaya mereka turun kepada alam malaikat. Di sana mereka dinamakan ‘roh rohani’. Kemudian Dia arahkan mereka turun kepada alam kebendaan, alam jirim, air dan api, tanah dan angin dan mereka menjadi ‘roh manusia’. Kemudian daripada dunia ini Dia ciptakan tubuh yang berdaging, berdarah.
“Kemudian Kami jadikan kamu dan kepadanya kamu akan dikembalikan dan daripadanya kamu akan dibangkitkan sekali lagi”. (Surah Ta Ha, ayat 55)

Selepas peringkat-peringkat ini Allah memerintahkan roh-roh supaya memasuki badan-badan dan dengan kehendak-Nya mereka pun masuk.
“Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiup padanya roh-Ku…”. (Surah Shad, ayat 72)
Sampai masanya roh-roh itu terikat dengan badan, dengan darah dan daging dan lupa kepada asal usul kejadian dan perjanjian mereka. Mereka lupa tatkala Allah ciptakan mereka pada alam arwah Dia telah bertanya kepada mereka:
“Adakah aku Tuhan kamu? Mereka telah menjawab:Iya, bahkan!.”

Mereka lupa kepada ikrar mereka. Mereka lupa kepada asal usul mereka, lupa juga kepada jalan untuk kembali kepada tempat asal mereka. Tetapi Allah Maha Penyayang, Maha Pengampun, sumber kepada segala keselamatan dan pertolongan bagi sekalian hamba-hamba-Nya. Dia mengasihani mereka lalu Dia hantarkan kitab-kitab suci dan rasul-rasul kepada mereka untuk mengingatkan mereka tentang asal usul mereka.
“Dan Sesungguhnya Kami telah utuskan Musa (membawa) ayat-ayat Kami (sambil Kami mengatakan): hendaklah kamu keluarkan kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan ingatkan mereka kepada hari-hari Allah”. (Surah Ibrahim, ayat 5)
Iaitu ‘ingatkan roh-roh tentang hari-hari di mana mereka tidak terpisah dengan Allah’.

Ramai rasul-rasul telah datang ke dunia ini, melaksanakan tugas mereka dan kemudian meninggalkan dunia ini. Tujuan semua itu adalah membawa kepada manusia perutusan, peringatan serta menyedarkan manusia dari kelalaian mereka. Tetapi mereka yang mengingati-Nya, yang kembali kepada-Nya, manusia yang ingin kembali kepada asal usul mereka, menjadi semakin berkurangan dan terus berkurangan ditelan zaman.

Nabi-nabi terus diutuskan dan perutusan suci berterusan sehingga muncul roh Muhammad yang mulia, yang terakhir di kalangan nabi-nabi, yang menyelamatkan manusia daripada kehancuran dan kelalaian. Allah Yang Maha Tinggi mengutuskannya untuk membuka mata manusia iaitu membuka mata hati yang ketiduran. Tujuannya ialah mengejutkan manusia dari kelalaian dan ketidaksedaran dan untuk menyatukan mereka dengan keindahan yang abadi, dengan penyebab, dengan Zat Allah. Allah berfirman:
“Katakan: Inilah jalanku yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku kepada Allah dengan pandangan yang jelas (basirah)”. (Surah Yusuf, ayat 108).

Ia menyatakan jalan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w dalam menunjukkan tujuan kita telah bersabda, “Sahabat-sahabatku adalah umpama bintang di langit. Sesiapa daripada mereka yang kamu ikuti kamu akan temui jalan yang benar”.

Pandangan yang jelas (basirah) datangnya daripada mata kepada roh. Mata ini terbuka di dalam jantung hati orang-orang yang hampir dengan Allah, yang menjadi sahabat Allah. Semua ilmu di dalam dunia ini tidak akan mendatangkan pandangan dalam (basirah). Seseorang itu memerlukan pengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yang tersembunyi pengetahuan yang mengalir daripada kesedaran Ilahi.
“Dan Kami telah ajarkan kepadanya satu ilmu dari sisi Kami (ilmu laduni)”. (Surah Kahfi, ayat 65).

Apa yang perlu seseorang lakukan ialah mencari orang yang mempunyai pandangan dalam (basirah) yang mata hatinya celik, dan cetusan serta perangsang daripada orang yang seperti ini adalah perlu. Guru yang demikian, yang dapat memupuk pengetahuan orang lain, mestilah seorang yang hampir dengan Allah dan berupaya menyaksikan alam mutlak.